Monday, 2 September 2013

Temuduga Eksesais Konstabel Polis Wanita 2013

Assalamualaikum..

Ok ketika aku taip entry ni, aku baru je balik dari temuduga Konstabel Polis di Kem PGA Bukit Galing, Kuantan, Pahang. Hari ni bersamaan 2 September 2013 hari pembuka kepada temuduga polis wanita seluruh negara. Jadi, disebabkan ramai member-member aku yang duk tanya tak putus-putus dari pagi tadi so aku rasa baik aku update kat blog so aku boleh tolong kawan-kawan yang bakal menjalani temuduga nanti.

Tolong study!!! Haa..kenapa aku bold kan, sebab banyak benda korang kena tau pasal polis, setiap orang ade soalan sama atau lain sikit. Aku da jalani ujian fizikal pada 23 Jun 2013 dan hari ni orang kata penentu dapat ke tak..dan ko dapat tak rekrut nanti..Pagi tadi, aku orang yang ketiga ditemuduga padahal datang lambat, tak tau sebab apa..maybe tengok rekod korang dalam ujian fizikal.

PROTOCOL

Ketuk, bukak pintu dan bila dah masuk sikit, berhenti kejap cakap la kuat "Assalamualaikum tuan, puan".
Ok, lepas tu korang terus jalan dan pastikan jangan jalan lenggang kangkung, jalan tegap dan nampak bersemangat (jarak pintu dengan penemuduga agak jauh) Sampai dekat para penemuduga, sila berhenti dan cakap contohnya aku: "Assalamualaikum tuan, puan..saya Sarah Liyana Suhaimi lapor hadir hari ni untuk jawatan konstabel wanita..sedia untuk ditemuduga tuan."
Selagi pegawai tak suruh korang duduk, jangan duduk ye. Ikut arahan.

SOALAN YANG DITANYA

Penemuduga ade 3 orang. Dua orang lelaki sorang perempuan. Bagi aku penemuduga perempuan sangat friendly dan ramah-mesra. Sebab beliau orang pertama yang soal aku so nebes tu kurang sikit. Ni soalan yang aku dapat tapi tak semestinya sume orang sama, tapi better la korang study dulu sebelum interview.

1) Siapakah ketua polis negara

2) Siapakah ketua polis negeri anda

3) Namakan jabatan yang ada dalam polis. Macam aku tadi, dia suruh aku namakan 4 je, tapi polis ade 8 jabatan, ni memang soalan femes, kawan sebelah pun dia dapat soalan ni juga. Kalau korang ingat nama pengarah setiap jabatan memang best la, tapi aku tak ingat..hehe

4) Namakan 2 menteri wanita dalam negara

5) Kenapa anda ingin memasuki polis, adakah anda bersedia untuk berdepan cemuhan masyarakat. (yang ni korang cite la sungguh-sungguh, kalau boleh jangan diam banyak, masa ni pegawai nak tengok korang betul-betul nak ke tak)

6) Sila sebutkan rukun sembahyang dan bacakan salah 1 niat solat antara 5 waktu bersama terjemahan sekali. (nampak senang tapi bila korang duk kat dalam tu, niat solat pun jadi blur, padahal buat hari-hari..nebes punya pasal..hihihi p;)

7) Kalau korang keje, maybe dia tanya sal keje korang, dan dia relate pasal jenayah. Contoh aku tadi: bila anda tengok suasana di uiam ade tak pelajar melakukan jenayah ataupun salah laku? ni sebab aku keje uiam, so dia suruh aku cite pasal perangai pelajar. Kalau korang tak keje maybe dia tanya soalan lain.

Sebenarnya, kalau ikutkan result temuduga dapat tau terus tapi aku dengar daripada pegawai lain, dorang nak buat penapisan lagi selepas temuduga, sape yang ade rezeki insya Allah la dapat. Kalau korang ade family yang keje polis tu mungkin ade peluang besar nak dapat.

Result temuduga akan tau melalui surat oleh Unit Pengambilan Bukit Aman. Result ni jugak takkan dipamerkan di Portal PDRM.

Last sekali, kepada korang yang bakal menjalani temuduga, aku ucapkan gudluck dan harap pengalaman aku dalam temuduga ni dapat membantu korang serba sedikit. Usaha dan tawakal. Kalau nak tanya ke tak faham sila tinggalkan komen, tq ;)


**Tengah tunggu keputusan temuduga lain pada bulan ni.



Tuesday, 27 August 2013

Ujian Fizikal bagi Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Assalamualaikum sume..

Straight to the point, minggu lepas aku ada terpanggil untuk ujian fizikal Pembantu Penguatkuasa, tapi aku dapat untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebenarnya aku tak aspect langsung nak dapat panggilan ujian ni since aku tak bape minat badan uniform, hehe..sebab kat sekolah dulu kalau cikgu suruh kawad mesti lari masuk toilet..**buruk perangai..T_T adik-adik please jangan ikut perangai macam ni hokey..kita tak tau akan datang rezeki kita kat mane.. ;)

Sebelum ni, aku pernah terpanggil untuk ujian fizikal pegawai imigresen dan polis. Masa ujian fizkal pegawai imigresen, aku memang semangat giler, tapi apakan daya den bmi tak cukup weyh..since tinggi aku 170cm dan berat 52kg masa tu, pegawai tu dengan perasaan hampa bagitau aku tak layak sebab bmi tak cukup je, sedih weyh..2 minggu aku jog depan umah, siap pantang tak minum ais (ni kata kawan2 yang keje kat bomba, dorang cakap tak elok untuk urat). Dah la amsa tu da siap kawad ngan bagi command bagai, sekali balik dengan perasaan hampa. Sejak hari tu aku da tekad nak gemukkan badan dan akhirnya aku berjaya..kikiki p; (tu kat entry lain, aku bagitau nanti k)

Ujian fizikal polis pun lepas sebenarnya, tengah tunggu interview formal plak. Tu nanti la aku bagitau ye next entry ;) 

Ok korang, pada sape2 yang terpanggil untuk ujian fizikal ni aku doakan korang berjaya, mental fizikal kena kuat, kalau korang jenis tak bersenam langsung, ok memang masalah besar ye, aku ni sebab dulu rajin pegi gym, so aku rasa fitness aku makin ok, punyerla balik keje pas maghrib terus pegi gym..hihihi
Pertama sekali, datang ujian fizikal pakai pakaian sukan ye, janganlah pakai baju kurung plak, guane nak buat ujian nanti kan, terkoyak kain sape yang malu nanti kan..haha. Selepas tu, korang akan dibagi taklimat dan beratur untuk ukur tinggi dan timbang berat. Masa tu la korang akan tengok sorang2 tersingkir macam AF, ade yang muka hampa, nangis.

Lepas bmi da lepas, korang akan dipanggil oleh pegawai jpj untuk check badan korang. Check ape?? normal la, nak tengok tangan bengkok, bahu senget ke..macam2 la..haha
Dah selesai tu, korang akan pegi buat ujian mata. Masa tu kantoi la kalau pakai contact lens ke kan, better jangan la..kang kena malu je. Dah abis tu korang akan disuruh lompat jauh berdiri, haaa.. yang ini aku hampir gagal, sebab dua2 kaki tak jejak kat line yang ade..tension aku,tapi pegawai tu tolong, dia suruh ko buat sampai lepas, (ikutkan 3 kali try je tau).

haa tengok k..dua-dua kaki kena jatuh sama.


Next, bangkit tubi 28 kali dalam masa 2 minit.


lari ulang alik 10 meter..lari dekat kon tu pastu ade button.. aku tak ingat bape saat..tapi kena laju la lari tu..


Last sekali, lari 2.4 km..macam aku kan kena lari 7 pusingan padang bola sepak dalam masa 17 minit. Tapi alhamdulillah, aku dapat abiskan dalam masa 15 minit, mujur tak kena angkut dengan ambulans JPAM..hahaha. Untuk pengetahuan korang, masa last ujian, ade 2 orang je perempuan yang lulus sume termasuk aku ni, sorang lagi tu adik, muda dari aku, dia lari kuat, kalah akak..hehe. Laki yang lulus dalam 15 orang. Ok, bila korang dah lulus, keesokannya korang akan dipanggil untuk temuduga formal bersama pegawai SPA dan pegawai JPJ. Antara soalan:

1) Ketua pengarah JPJ, misi, visi, bahagian dalam jpj
2) citekan konsep 1 malaysia dengan detail.
3) nama menteri dan soalan pasal personal kita

Aku nasihatkan korang warm up dulu or buat preparation, tak jadi macam aku. 1 badan sakit kes ujian fizikal ni, yela main redah je kan. Semoga ape yang aku tulis dapat tolong la serba sedikit, sebab aku dulu tak buat ape2 preparation pun. Insya Allah ade rezeki kalau dapat ade la kan, tak sabar tunggu result nanti ;)

Sekian ^_^



Friday, 28 June 2013

Ya Allah..Rindu..;(

 Assalamualaikum 

Rindu..
Ingatlah bila Allah amik orang yang kita sayang jauh dari kita..
tu sume membuat hubungan kita makin kuat ye kawan..
suka duka kita..
dari pertama kali kita jumpa..
sampailah awak da pergi jauh..
tak menangis??
tipu la..
hari pertama awak pergi..
saya tengok je kerusi awak tu..
takde orang..
orang yang selalu cakap hai setiap pagi..
mane saya tak terasa..
dan air mata pun tumpah..
terima kasih sebab ada untuk saya..
percaya saya..
kuatkan hati saya kalau saya down..
awak ni layan je..makan at mane..
nak jalan mane?
rindu nak dengar
"u,u nak kaki ke?"
haha
dan saat saya lambai kat awak buat kali terakhir
saya tau esok saya takkan jumpe lagi..
Sabar ye..insha Allah kita akan jumpe balik nanti
kan saya da janji..
;)

jogging ;)

program sukaneka 



Jaga diri..belajar rajin-rajin..jadi diri sendiri..
dan akhir sekali,
Jangan lupe saya..;(

Tuesday, 26 March 2013

Exam Mode..

Assalamualaikum sume...

Sekarang ni rasa stress yang amat sangat..nak exam lagi 2 hari tapi banyak lagi tak cover..so sedih dan rasa tak berguna..apa pun ni sume salah diri sendiri..bukan sebab kerja ke takde masa..nak nangis pun tak berguna lagi...=_=

Tinggal bape jam je lagi nak cover sume ni..di saat akhir ni kawan-kawan banyak bantu..bos pun memahami bagi cuti nak exam..

macam ni la tahap aku stress..tengah keje pun malas nak senyum da...;(








salah satu niat yang perlu ada dalam diri..kalau da keje ni lecturer selalu pesan jangan study sebab nak naik pangkat semata-mata..akhirnya ilmu tu tak kekal lama pun..NOTED!!



Akhir sekali, kepada yang mengenali diri empunya blog ni mohon doakan ye..moga tak salah formula ketika menjawab paper ekonomi nanti..huwaaaa ;(


Thursday, 7 March 2013

Promosi terhebat Tudung 2U untuk pembaca blog Sara Suhaimi

Assalamualaikum semua...


Hari ni baru dapat peluang nak update blog..di samping header baru..terima kasih pada cik kenit aka asiah yang tolong i..hehe..

Sekarang ni fesyen tudung memang berlambak-lambak dipasaran kan, seperti sara sendiri memang peminat selendang dan tudung bawal..nak ajak korang tengok tudung dari Tudung 2U ni, siap ade diskaun untuk pembaca blog sara tau, tak rugi..jom tengok ;)


Selendang Half Moon 2 Layer Plain

Kod Item : LA03012
- Buatan Kelantan
- Plain: Oren
- 2 Layer
- Mudah Dibentuk
- Panjang: 142cm
  

Harga Runcit : RM 38.00


Harga Kami : RM 24.00



Selendang Half Moon 2 Layer Polkadot Chiffon

Kod Item : DZ04002
- Plain: Hitam
- 2 Layer
- Panjang: 148cm
- Mudah Dibentuk
  




Harga Runcit : RM 52.00


Harga Kami : RM 38.00



Selendang Half Moon Manik Bunga

Kod Item : LA03029
- Mudah Dibentuk
- Panjang: 155cm
  

Harga Runcit : RM 60.00


Harga Kami : RM 40.00


Selendang Half Moon Tribal

Kod Item : DZ03015
- Mudah Dibentuk
- Panjang: 191cm
  

Harga Runcit : RM 35.00


Harga Kami : RM 24.00


Tudung Bawal Chiffon 2 Layer

Kod Item : LA03035
- Plain: Purple, Coklat
- 2 Layer
- Mudah Dibentuk
- Panjang: 45"
  




Harga Runcit : RM 25.00


Harga Kami : RM 18.00


Tudung Bawal Labuci

Kod Item : LA04004
- Buatan Kelantan
- Panjang: 45"
- Mudah Dibentuk
  




Harga Runcit : RM 40.00


Harga Kami : RM 24.00


Tudung Bawal Labuci

Kod Item : LA04002
- Buatan Kelantan
- Panjang: 45"
- Mudah Dibentuk
  




Harga Runcit : RM 40.00


Harga Kami : RM 24.00


Tudung Bawal Labuci

Kod Item : LA04011
- Buatan Kelantan
- Panjang: 45"
- Mudah Dibentuk
  




Harga Runcit : RM 40.00


Harga Kami : RM 24.00


Tudung Bawal Manik Adelia

Kod Item : MA02016
- 2 Tone
- 2 Layer
- Kristal Rainbow
- Mudah Dibentuk
- Labuh Depan: 39cm
  

Harga Runcit : RM 52.00


Harga Kami : RM 34.00


Tudung Bawal Plain

Kod Item : LA04017
- Buatan Kelantan
- Plain: Pink
- Panjang: 45"
- Mudah Dibentuk
  


Harga Runcit : RM 15.00


Harga Kami : RM 11.00




Ni semua harga belum diskaun lagi tau..pembaca dari blog sara akan dapat 15% dan pastikan bagitau sekali kod baucer

 SRS2013

(sah sehingga 31 Mac, 2013 sahaja!)

segalanya di





Monday, 25 February 2013

Sahabat Selamanya

Assalamualaikum dan selamat malam u olls...

Kali ni nak tanya korang apa makna sahabat? Bagi aku sahabat adalah kawan yang ada masa kita senang dan susah, dan mereka akan saling pertahankan kita, dorang ni susah nak mengata belakang-belakang..nak tau sebab ape? sebab suka terus terang, jujur dan sume la..dan pastinya persahabatan ni akan kekal selamanya. Bila kita bersahabat, kita akan rasa tak suka bila orang kutuk kawan kita..kita mesti nak protect kawan, itu yang aku rasa bila dengan mereka berdua ni..haaa..;)

Dulu pergi sekolah sama-sama..kena denda sama-sama, tapi sebab liza ketua pengawas selalu je kita orang terlepas, tunggu perhimpunan abis baru masuk kelas..haha, datang sekolah lambat..heeee ;D

 ♥ sahabat selamanya..InsyaAllah ♥
13 -23 tahun #10 tahun persahabatan terjalin...Alhamdulillah..dikurniakan sahabat yg sentiasa bersama..suka...duka...penghargaan...ingatan...nasihat...dorongan..memberi dan menerima..tanpa ada prasangka buruk antara 1 sma lain.. InsyaAllah Allah memberi keberkatan dalam persahabatan yg terjalin..moga persahabatan yang terjalin sekian lama kekal buat selamanya. InsyaAllah .. ♥♥ jah n sarah ♥♥ ^_^

                  ni ayat amik dari fb liza..sangat terharu ;)



















Liza bakal cikgu bm..tengah study kat UPSI lagi, tahun depan dia habis...abis study nak tunang dengan bakal cikgu bm juga..hehe. Fiza pulak tunggu praktikal bulan depan, abis da degree kat UiTM..;)

Macam mane dorang sibuk pun kat u, mesti dorang amik berat, cuti sem mesti bawak pegi jalan-jalan. Kalau tak pegi mesti merajuk la dorang ni..;)

 Sayang korang sampai bila-bila ;D

Saturday, 9 February 2013

Happy Birthday to me 23 already

Assalamuaalaikum..

Syukur ke hadrat Allah sebab dipanjangkan usia lagi hari ini. 9 Februari 2013 genap umur 23 tahun. Umur makin meningkat tapi banyak lagi yang belum capai. Usaha tangga kejayaan kan, bagi kawan-kawan yang wish kat facebook, twitter , terima kasih sangat.




ni besday yang tak boleh lupe..lecturer dengan classmates buat surprise, zaman dulu-dulu ;)


Bila dah besar ni, tak semestinya bila orang tak sambut besday kita, maknanya dorang tak ingat, cukuplah dengan ucapan membuatkan kita tersenyum juga akhirnya ;) 
Harap bila umur dah meningkat, makin banyak ibadat boleh buat, perbaiki apa yang kurang pada diri. Sesungguhnya saya seorang manusia yang tak sempurna.